Jumaat, 26 Februari 2016

USRAH 1 : MODUL BERBUDI BAHASA

Sesi usrah pertama telah dijalankan pada 5 hb Februari 2016 pada hari Jumaat. Sesi ini telah berjalan dengan lancar dimana semua pelajar memberikan kerjasama dengan baik. Naqib dan Naqibah juga berjaya menyampaikan input tentang berbudi bahasa dengan baik berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh Penyelaras SUMUR iaitu Al Fadhil Ustaz Ahmad Shahi bin Mohammad Shah. Pemantauan oleh Murabi dan Murabbiah juga telah berjalan lancar. terima kasih atas kerjasama murabbi dan murabbiah dalam menjayakan program SUMUR ini.


Usrah pelajar lelaki dan perempuan

PROGRAM KHATIB MUDA

KHATIB MUDA adalah antara program yang telah dirancang unit SUMUR dalam melahirkan pelajar yang mampu memberi khutbah dengan baik. Latihan ini dijalankan pada setiap hari rabu malam khamis dan guru akan memantau program serta memberi bimbingan tantang teknik-teknik dalam menyampaikan khutbah yang baik dan berkesan. Berdasarkan prestasi penyampaian khutbah mereka, pelajar akan dipilh untuk menyampaikan khutbah di masjid sekitar Felda Keratong. Ini secara tidak langsung dapat membina hubungan sekolah dengan masyarakat luar. 




PELANTIKKAN NAQIB DAN NAQIBAH SERTA MURABBI

Unit SUMUR telah pun mengadakan pelantikkan Naqib dan Naqibah pada 29 Januari 2016. Pelantikkan ini diharap dapat melancarkan program yang telah pun disusun atur oleh unit SUMUR  sepanjang tahun 2016.
Beberapa kriteria telah pun dinilai dalam pemilihan bakal pemimpin usrah sekolah ini. Diharap para Naqib dan Naqibah ini dapat menjalankan tanggungjawab mereka dalam memimpin rakan dikalangan mereka bagi melahirkan insan yang berketrampilan dan bersahsiah terpuji. Program pelantikkan ini telah pun di rasmikan oleh GPK Hem, Al Fadhil Ustaz Mohd Sany bin Razali.


Pelantikkan Naqib dan Naqibah