Rabu, 31 Januari 2018

SOLAT GERHANA BULAN 31 JANUARI 2018

Sempena Fenomena Gerhana bulan yang berlaku pada 31 Januari 2018, Unit Kerohanian SMA Al Hasanah telahpun mengadakan Solat Gerhana Bulan bagi mendedahkan pelajar kepada cara solat Gerhana Bulan. Majlis yang bermula dengan Solat maghrib , diikuti dengan bacaan Al Quran sebagai pengisian program seterusnya  dengan Solat Gerhana Bulan. Sebelum melaksanakan Solat tersebut pelajar terlebih dahulu didemonstarsikan cara pelaksanaan solat oleh Ust. Mohd Abdul Hafiz. Manakala Penyelaras SUMUR Ust. Ahmad Shahi Mohammad Shah telah membaca khutbah bagi solat berkenaan. Program itu turut dihadiri oleh Pengetua SMA Al Hasanah Ust Wan Jamaludin B. Wan Bidin, Ustaz Zulkhairil dan Cikgu Khairun..

Taklimat oleh Ust Hafiz


Demonstrasi Solat

Khutbah oleh Penyelaras SUMUR

Keadaan bulan pada jam 7.55 malam

Antara yang hadir

Jumaat, 26 Januari 2018

PERASMIAN SUMUR PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2018

Perasmian SUMUR peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 25 Januari 2018. Perasmian ini telah dihadiri oleh PK HEM Ustaz Wan Harun Bin Wan Ali, PK Pentadbiran Ustaz Abu Pzize Bin Hassim, Penyelaras SUMUR Ustaz Ahmad Shahi Bin Mohammad Shah serta dua orang pelajar SMA Al Hasanah, Mohd Syaufi Roslan dan Mohd Shauqi Rosli. Antara aktiviti yang telah diadakan sempena Pelancaran Perasmian SUMUR peringkat Negeri ialah  pameran aktiviti SUMUR oleh sekolah-sekolah yang telahpun melaksanakan Program SUMUR di sekolah.  Melalui pameran ini juga dapat memberi gambaran awal kepada sekolah menengah kebangsaan  yang juga ingin melaksanakan Program SUMUR di sekolah mereka.



Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini...

Ahad, 5 Februari 2017

USRAH PERTAMA BAGI MODUL BERBUDI BAHASA TAHUN 2017 TAJUK : KEPENTINGAN SENYUMAN



             Bagi melaksanakan program di bawah Unit SUMUR, program usrah pertama bagi Modul berbudi bahasa telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 3 Februari 2017. Modul ini bertajuk Kepentingan senyum. Semua Naqib dan Naqibah telah diberikan taklimat oleh Penyelaras SUMUR sebelum sesi usrah dimulakan.




Seramai 14 kumpulan pelajar perempuan dan 12 kumpulan pelajar lelaki telah dibentuk dalam pelaksanaan program usrah ini.




Program ini telah dilaksanakan dari pukul 7.15 hingga 8.00 pagi. Sesi usrah dimulakan dengan bacaan surah Al kahfi bagi setiap kumpulan. Tahniah dan terima kasih kepada naqib dan naqibah serta semua pelajar yang memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan program usrah ini dilaksanakan seperti yang dirancang.

Program Khatib Muda Sesi 1/2017


                 Unit SUMUR, Bahagian Hal Ehwal Murid telah melaksanakan Program Khatib Muda yang mana antara tujuannya adalah untuk mengasah bakat pelajar untuk menjadi Khatib. Bagi menjayakan program ini seramai 17 orang pelajr yang terpilih telah diberi latihan dalam menyampaikan khutbah pada setiap malam Rabu dengan dipimpin oleh ustaz-ustaz yang berkebolehan.
                 Bagi pelaksanaan minggu pertama seramai 5 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi Khatib pada 20 hb Januari 2017 (Jumaat) di sekitar Keratong. Pelajar-pelajar itu ialah Mohammad Fatih Iskandar (Masjid Keratong 1), Mohammad Hafiz Baain ( Masjid Keratong 2, Mohammad Azzahrawi (Masjid Keratong 3), Mohammmad Aiman Taqiuddin (Masjid Keratong 4) dan Mohammad Shauqi Rosli ( Masjid Keratong 5).






               

               Tahniah dan terima kasih kepada pelajar dan guru yang telah bekerjasama dan berusaha dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan pada masa yang telah dicadangakan. Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah dicurahkan. InsyaAllah.. Amin.

Perasmian Program SUMUR dan Mentor Mentee Bagi Tahun 2017


               Pada 23 hb Januari 2017 (Isnin) Unit SUMUR dan UBK telah mengadakan perasmian bagi Program Usrah SUMUR dan Mentor Mentee yang mana melibatkan semua guru dan pelajar.
              Bagi Program SUMUR pelajar lelaki telah dibahagikan kepada 12 kumpulan diketuai oleh seorang naqib beserta seorang murabbi. Manakala pelajar perempuan pula telah dibahagikan kepada 14 kumpulan di ketua oleh seorang naqibah dan seorang murabbiah. Program SUMUR ini terbahagi kepada 4 modul iaitu Modul Berbudi Bahasa, Modul Mutadayyin, Modul Jati Diri dan Modul           Penampilan Diri. Kesemua modul ini perlu dilaksanakan disamping program-program lain yang akan diadakan bagi memantapkan sahsiah diri murid di SMA Al Hasanah.
            




                  Program Mentor mentee juga telah dibahagikan kepada kumpulan dimana setiap kumpulan mentee akan diketuai oleh seorang Mentor. Pelaksanaan Mentor-mentee akan dilaksanakan secara berselang seli dengan Program SUMUR pada setiap hari Jumaat.
 



                 
                 Program Perasmian ini telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua Ustaz Wan Jamaludin Bin Wan Bidin seterusnya menyampaikan Watikah Pelantikan dan diakhiri dengan sesi bergambar para naqib dan naqibah. 

Khamis, 10 Mac 2016

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Pada 9 mac 2016 (Rabu) negara kita telah mengalami kejadian alam yang jarang berlaku iaitu gerhana matahari.Kali terakhir gerhana matahari berlaku di  Malaysia pada januari tahun 2010.Sempena kejadian alam itu, unit SUMUR telah mengadakan solat sunat gerhana matahari dimana solat ini adalah solat muakkad. ini juga adalah sebahagian aktiviti unit SUMUR dalam mendedahkan ilmu amali kepada pelajar dalam melakukan solat sunat ini. Solat sunat ini telah diimamkan oleh Al Fadhil ustaz Solahuddin manakala khutbah pula telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Shahi bin Mohammad Shah. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Tuan Pengetua Ustaz Wan Jamaludin Wan Bidin, PK 1Ust. Abu Pzize, PK hem Ustaz Mohd Sany, PK Koko Ust. Mazlan Awang dan para guru yang lain.







Sabtu, 5 Mac 2016

PAMERAN SUMUR SMA AL HASANAH

Sempena pelancaran SUMUR peringkat Negeri Pahang,Unit SUMUR SMA Al Hasanah telah menyertai pameran yg telah diadakan pada 1 Mac 2016  di SMA Al Maarif, Bukit Goh Kuantan.
Pameran ini telah disertai oleh sabk dan smka di negeri Pahang. Unit SUMUR sekolah telah diwakili oleh 4 orang pelajar, penyelaras SUMUR, PK HEM dan juga Pengetua. Majlis Pelancaran SUMUR peringkat negeri Pahang telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Kamariah bt. Isa, Timbalan Pengarah, Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, BPI, KPM.