Khamis, 10 Mac 2016

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Pada 9 mac 2016 (Rabu) negara kita telah mengalami kejadian alam yang jarang berlaku iaitu gerhana matahari.Kali terakhir gerhana matahari berlaku di  Malaysia pada januari tahun 2010.Sempena kejadian alam itu, unit SUMUR telah mengadakan solat sunat gerhana matahari dimana solat ini adalah solat muakkad. ini juga adalah sebahagian aktiviti unit SUMUR dalam mendedahkan ilmu amali kepada pelajar dalam melakukan solat sunat ini. Solat sunat ini telah diimamkan oleh Al Fadhil ustaz Solahuddin manakala khutbah pula telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Shahi bin Mohammad Shah. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Tuan Pengetua Ustaz Wan Jamaludin Wan Bidin, PK 1Ust. Abu Pzize, PK hem Ustaz Mohd Sany, PK Koko Ust. Mazlan Awang dan para guru yang lain.







Sabtu, 5 Mac 2016

PAMERAN SUMUR SMA AL HASANAH

Sempena pelancaran SUMUR peringkat Negeri Pahang,Unit SUMUR SMA Al Hasanah telah menyertai pameran yg telah diadakan pada 1 Mac 2016  di SMA Al Maarif, Bukit Goh Kuantan.
Pameran ini telah disertai oleh sabk dan smka di negeri Pahang. Unit SUMUR sekolah telah diwakili oleh 4 orang pelajar, penyelaras SUMUR, PK HEM dan juga Pengetua. Majlis Pelancaran SUMUR peringkat negeri Pahang telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Kamariah bt. Isa, Timbalan Pengarah, Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, BPI, KPM.


Jumaat, 26 Februari 2016

USRAH 1 : MODUL BERBUDI BAHASA

Sesi usrah pertama telah dijalankan pada 5 hb Februari 2016 pada hari Jumaat. Sesi ini telah berjalan dengan lancar dimana semua pelajar memberikan kerjasama dengan baik. Naqib dan Naqibah juga berjaya menyampaikan input tentang berbudi bahasa dengan baik berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh Penyelaras SUMUR iaitu Al Fadhil Ustaz Ahmad Shahi bin Mohammad Shah. Pemantauan oleh Murabi dan Murabbiah juga telah berjalan lancar. terima kasih atas kerjasama murabbi dan murabbiah dalam menjayakan program SUMUR ini.


Usrah pelajar lelaki dan perempuan

PROGRAM KHATIB MUDA

KHATIB MUDA adalah antara program yang telah dirancang unit SUMUR dalam melahirkan pelajar yang mampu memberi khutbah dengan baik. Latihan ini dijalankan pada setiap hari rabu malam khamis dan guru akan memantau program serta memberi bimbingan tantang teknik-teknik dalam menyampaikan khutbah yang baik dan berkesan. Berdasarkan prestasi penyampaian khutbah mereka, pelajar akan dipilh untuk menyampaikan khutbah di masjid sekitar Felda Keratong. Ini secara tidak langsung dapat membina hubungan sekolah dengan masyarakat luar. 




PELANTIKKAN NAQIB DAN NAQIBAH SERTA MURABBI

Unit SUMUR telah pun mengadakan pelantikkan Naqib dan Naqibah pada 29 Januari 2016. Pelantikkan ini diharap dapat melancarkan program yang telah pun disusun atur oleh unit SUMUR  sepanjang tahun 2016.
Beberapa kriteria telah pun dinilai dalam pemilihan bakal pemimpin usrah sekolah ini. Diharap para Naqib dan Naqibah ini dapat menjalankan tanggungjawab mereka dalam memimpin rakan dikalangan mereka bagi melahirkan insan yang berketrampilan dan bersahsiah terpuji. Program pelantikkan ini telah pun di rasmikan oleh GPK Hem, Al Fadhil Ustaz Mohd Sany bin Razali.


Pelantikkan Naqib dan Naqibah