Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) dibina
khas untuk memperkembangkan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek selaras dengan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) iaitu Membangunkan Modal Insan. Pelbagai aktiviti diketengahkan secara
kolektif, praktikal dan harmonis. SUMUR memberi peluang kepada murid meneroka
secara nyata, jelas dan boleh dilakukan. Kesemua modul SUMUR yang bakal
dilaksanakan ini akan dipantau dan dinilai. Proses ini bagi membolehkan langkah
pengiktirafan dan penambahbaikan dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan