Bagi melaksanakan program di bawah Unit SUMUR, program usrah
pertama bagi Modul berbudi bahasa telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 3 Februari
2017. Modul ini bertajuk Kepentingan senyum. Semua Naqib dan Naqibah telah
diberikan taklimat oleh Penyelaras SUMUR sebelum sesi usrah dimulakan.
Seramai 14 kumpulan pelajar perempuan dan 12 kumpulan
pelajar lelaki telah dibentuk dalam pelaksanaan program usrah ini.
Program ini telah dilaksanakan dari pukul 7.15 hingga 8.00
pagi. Sesi usrah dimulakan dengan bacaan surah Al kahfi bagi setiap kumpulan. Tahniah dan terima kasih kepada naqib dan naqibah serta
semua pelajar yang memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan program
usrah ini dilaksanakan seperti yang dirancang.